Please Click Here

Monday, August 6, 2012

Kematian Itu Pasti


Hari ni kita masih bernyawa.  Masih mempunyai jiwa.
Masih boleh ketawa. Masih boleh makan mee jawa.
Akan tetapi apabila sampai ketentuan Ilahi, kita semua akan mati menjadi bangkai yang tidak bernyawa. Yang tidak tidak diberi kuasa untuk bergerak lagi. Segalanya telah dirampas termasuk nikmat hidup yang pernah dikecapinya suatu ketika dulu. Semua benda bernyawa akan mati. Semua benda berjiwa akan mati

Kau, aku, dia, mereka semua akan mati.
Cikgu sekolah, murid sekolah, tukang kebun, mak cik kantin semua akan mati.
Boss besar, setiausahanya, kaki ampu, bangla cleaner semua dijanji kan mati.
Orang kaya, orang miskin, orang - orang, orang utan pun akan mati.
Doktor pakar, jururawat, pesakit luar, budak praktikal masterskill tidak boleh lari dari mati.
Penggali kubur, tukang mandi mayat, pembuat batu nisan, pencuri kain kafan akan merasa mati.
Segagah - gagah badang dan gajah akan mati.
Secantik - cantik Neelofa dan Tiz Zaqyah pun akan mati.
Termasuk lah si Ikan Keli yang turut merasa apa itu mati.

Kenapa semua benda bernyawa akan mati?
Kenapa semua benda berjiwa akan mati?
Kenapa setiap makhluknya akan menemui ajalnya?


Firman Allah S.W.T : " Tiap -tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"  
(Surah Ali 'Imran ayat 185)

Dia sahajalah yang kekal lagi abadi. Dialah Tuhan yang menciptakan kehidupan dan kematian. Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Dialah Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji setiap makhluknya siapakan insan yang terbaik dan terpuji dari kalangan hanba-hambaNya.
Persiapkan lah diri anda dengan sebanyak-banyak amalan sebelum mati datang menjenguk anda.

Ingatlah 5 perkara sebelum anda mati.
Ingatlah ada 7 perkara yang dapat dinikmati pahalanya apabila anda mati.
Dan segala amalan anak Adam itu akan terputus apabila dia mati kecuali 3 perkara.
Ini kerana yang yang HIDUP itu belum pasti tetapi yang MATI itu pasti.

P/S : Tazkirah Ramadhan ini dibawakan khas oleh Keli Beranang.

Friday, August 3, 2012

Mencari Pengalaman Bersama Si Keli



Ni la dia warga keli yang tengah seronok berenang-berenang tanpa gangguan.  2 minggu lepas kami masukkan 1000 ekor benih ikan keli yang bersaiz 1.5 inci.  Masukkan sikit-sikit dulu takut nanti bila masuk sekali banyak nanti tak menjadi pulak.  Takpe lah kita buat slow-slow dulu.  Ni la masanya segala ilmu teori yang ada dipraktikkan. Bila dah dipraktikkan baru dapat pengalaman. Bila dah ada pengalaman baru dapat hasil. Maklumlah kita ni budak baru nak belajar menguap dalam air. Nak tak nak nasihat dari orang yang dah lama dalam bidang ni kene dengar.


Apa-apa pun setakat hari ni bilangan yang mati da takde. Awal-awal masa baru masuk tu ada la sehari dalam 7-8 ekor terapung-apung dah. Tak tau lah diorang tengah seronok kuak lentang time tu tibe-tibe kene sauk. Sekarang ni saiz diorang ade la dalam 3 inci macam tu. Yang mane besar dari tu, yang gemok-gemok, kaki buli semua da kene kurung dalam sangkar. Tapi yang peliknya masa tukar air hari tu, macam dah berkurang je bilangan die. Nak kata mati takde lak bangkai yang terapung atau tulang-tulang je yang tinggal kat dasar kolam. Agaknya ade gengster baru nak up kot dalam tu.

Air Hijau Berenang Di Kolam

Air hijau yang selalu terjadi di dalam kolam ternakan terutama sekali kolam simen dan kanvas adalah disebabkan wujudnya phytoplankton iaitu sejenis organisma halus yang mempunyai klorofil. Jadi organisma yang berklorofil ni akan menjalankan proses fotosintesis (not photoshop ok) untuk menghasilkan makanannya dan membiak dalam bentuk koloni atau populasi yang banyak.

Spesies utama yang banyak terdapat di dalam air hijau ini ialah Chorella (dah macam nama awek latin lak). Spesies macam ni memang tak nampak la kalau tengok dengan mata kasar.  So, kehadiran pytoplankton ni boleh dikesan melalui perubahan air kolam yang pada awalnya jernih bertukar menjadi hijau akibat daripada terdedah dengan panas terik dan hujan.


Sebenarnya air hijau ni sangat berguna di dalam bidang pembenihan ikan air tawar kerana air hijau ini mempunyai kandungan protien yang tinggi dan sebagai suplemen untuk benih ikan yang diasuh.  Tapi jangan korang pergi minum lak air hijau ni walaupun berkhasiat.  Selain itu juga, air hijau ini juga melindungi anak ikan dari cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut.

Tapi perlu di ingat, air hijau ni juga boleh mendatangkan kesan yang buruk kalau terlalu pekat sangat.  Ini disebabkan tumbuhan organisma ini akan berespirasi (bernafas la) iaitu mengambil oksigen dan membebaskan karbon dioksida.  Kekurangan oksigen akan menyebabkan ikan stress dan kehadiran karbon dioksida yang tinggi akan menyebabkan air tersebut bertoksik.



Jadi eloklah air hijau ni ditukar sebanyak 30% dengan air baru bila kaler hijau tu dah pekat sangat dengan wujudnya buih-buih kasar dekat permukaan kolam.  Paling afdal tukar lah air kolam setiap dua minggu sekali.  Kalau rajin tukar la air kolam tu semua sekali dengan cuci dinding kolam tu pakai Mr Muscle.