Please Click Here

Friday, June 29, 2012

Khasiat Si Ikan Keli




KHASIAT


Penyelidikan yang dilakukan di negara ini beberapa tahun dulu mendapati ikan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus(sedap namanya) mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g jauh lebih tinggi daripada ikan salmon, mackerel atau trout. kadar lemaknya (9-12%) juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawar atau yang masin.

 Penyelidikan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat telah mendapati ikan keli yang diternak dan diberi makan pelet mempunyai protein yang baik.  Ianya sangat baik untuk diet kesihatan kerana kaya dengan protein, Omega-3 serta rendah kolesterol dan lemak tepu.  Kajian daripada Persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovaskular,gastrousus, sistem peredaran dalam badan.pengambilan 1 - 2 sajiannya dalam seminggu umpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

Minyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi datang dari sumber makanan ikan iaitu "fitoplankton".  Asid lemak omega-3 banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak.  Komponen utama minyak walnut adalah asid a-linoleik (ALA), sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah EPA dan DHA.  Manakala minyak sayuran pula kadar asid lemak omega-6 yang tinggi seperti minyak jagung dan minyak soya yang mengandungi asid linoleik (LA) yang banyak.  Dalam tubuh manusia ALA ini boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA.  Walaubagaimanapun, proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.


ASID LEMAK OMEGA - 3

Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:-
  1. Asid O-Linolek (ALA) 
  2. Asid Eicopentaenoik (EPA) 
  3. Asid Dokosoheksonoik (DHA)
Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
  1. Tepu (saturated) 
  2. Tidak Tepu (unsaturated)



KEBAIKAN ASID LEMAK OMEGA - 3

Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:- 

  1. Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi. 
  2. Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis.
  3. Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis. 
  4. Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik). 
  5. Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang. 
  6. Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin. 
  7. Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi. 
  8. Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia. 
  9. Menggalakkan kecerdasan fikiran. 

P/S : Credit to masmz.blogspot.com and lelayong.blogspot.com for the nice picture.

1 comment: