Please Click Here

Monday, September 3, 2012

Effective Microorganisma


EFFECTIVE MICROORGANISMA atau lebih dikenali sebagai EM telah ditemui oleh Dr Teruo Higa dari Universiti Ryukyus di Okinawa, Jepun pada tahun 1980. Di dalam laporan biologinya itu, Dr Teruo Higa mengatakan bahawa terdapat lebih 80 jenis hidupan mikro baik yang berupaya untuk menguraikan bahan buangan organik dan menstabilkan semula ekosistem yang telah tercemar atau rosak.  Terdapat 3 jenis mikro utama yang terdapat dalam EM ialah Lactic Acid Bacteria, Photosynthetic Bacteria, dan Yeast.

EM dihasilkan melalui proses penapaian semulajadi.  Tiada pengubahsuaian dilakukan dari segi genetik ataupun kimia.  EM terbukti selamat untuk digunakan di dalam bidang pertanian, penternakan, ataupun perikanan dan diakui 100% organik oleh OMRI (Organic Materials Review Institute).  Teknologi EM ini telah digunakan secara meluas di 120 buah negara.

3 jenis mikrob utama tadi (LAB, PSB dan Yeast) bekerjasama untuk menghasilkan sebatian yang bermanfaat seperti enzim, asid organik, mineral, hormon, vitamin dan bermacam - macam antioksida apabila ia bertemu dengan bahan organik, air ataupun tanah.  Photosynthetic Bacteria merupakan kunci utama dalam larutan EM dimana ia berupaya untuk memecahkan molekul - molekul dan mencernakan sebatian toksik.  Antioksidan yang dihasilkan seperti inositol, polisakarida, dan polyphenol membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria - bakteria jahat yang tidak mendatangkan manfaat.