Please Click Here

Saturday, November 3, 2012

Sesi Memancing Di Kolam Apak Mael



Hari sabtu lepas merangkap hari kedua Hari Raya Aidil Adha, kitorang pergi mancing dekat Lombong Melintang, Pajam. Kalau kaki pancing yang lain dengar nama lombong ni mesti pelik pasal tak pernah dengar. Kolam pancing ni femes dengan nama lama dia je. Kolam Apak Mael. Lombong Melintang tu kire nama baru la. 

Sebenarnya saya ni bukannya minat sangat pun mancing-mancing ni. Macam bosan je. Tapi dah alang-alang otai kaki pancing kat kampung ni ajak so ikut je la.


Masing-masing muke sriyes je bile mancing. Tak payah la sriyes sangat der. Rilek-rilek suda. Orang cakap time memancing tak boleh berborak. Nanti ikan lari katanya. Tapi kalau dah bosan berborak gak la. Hahaha.


Ni la 2 orang otai pancing. Dekat 2 jam mancing sekor pon ikan tak naik. Ikan semua nyorok ke bile nampak otai-otai ni? 



Mengintai Si Ikan Keli Di Kolam 2


Ni gambar masa kolam 2 tengah ditukarkan airnya. Nampak macam dah cukup sifat semuanya. Tapi belum boleh jual lagi. Lagi 3 minggu baru boleh ambil pasal yang dalam kolam ni dah ada orang booking. Nak buat kenduri kahwin katanya. 


Lagipun dalam gambar nampak je macam dah besar tapi sebenarnya saiz die baru 8 ekor sekilo. Ternak lame sikit sampai 6 ekor sekilo baru jual. So kali ni kita layan gambar je la ea.


Berenang-renang mencari jalan keluar.


Ikan keli dalam ni campor sekali dengan ikan keli dari kolam 1 ari tu. senang sikit. Jimat sikit kos air. Lagi pun sekarang musim hujan. Ni pun dah sebulan tak tukar air. Kebersihan punya pasal kali ni kita tukar je.


Ni la bile air dah tukar. Ni pakai air hujan yang kami tadah dalam kolam 1. Jimat dah kos air kat sini. Jernih kemain lak aih. Takpe, sekali-sekala hidup dalam air jernih. Asyik dok berenang dalam air hijau je.


Tuai Hasil Keli Yang Pertama

Hujung bulan September aritu kami dah tuai hasil buat kali pertama. Tak banyak pun maklum lah benih yang masukkan dulu pun masuk sikit je. Try bakat dulu. Ikan keli yang kami tuai ni ade la 8 ekor sekilo. Tempoh bela pun dalam 2 bulan setengah je. kalau tunggu sampai 3 bulan cecah la kot 6 ekor sekilo agaknye. Tapi ikan keli saiz 8 ekor sekilo ni memang taste orang kampung. Katanye besar-besar sangat xsedap.


Seminggu sebelum tuai ari tu pun orang kampung ade order awal-awal dah. kebanyakkannye saudara-saudara kami yang duduk situ jugak la. Tapi tak semua ikan keli kami keluarkan sebab banyak yang saiz lebih kurang 9-10 ekor sekilo lagi. Kami cuma ambil untuk yang dah order awal-awal tu je. Yang lain nak simpan sampai saiz dia 6 ekor sekilo.




Ni la ikan keli yang kami bawak keluar dari kolam. Semuanya nampak comel je kan. Hahaha. Satu besen besar ni ade la dalam 30 kg lebih. Lepas tu mula la kerja-kerja bungkus ikan keli ni. Sekilo 8 ekor siap tambah lagi 2 ekor free. 2 ekor tu kami sedekah la. Hasil pertama ni kene sedekah-sedekah sikit. Bak kata orang ambil berkat. Dah siap packing, kami delivery sampai ke rumah lagi tu. Rumah yang order tu bukannye jauh sangat pun. Paling jauh pun selang 5 rumah je.




Yang plastik merah tu untuk sape yang order sekilo. Yang oren tu due kilo punya. Walaupun tak banyak yang kami bawak keluar time ni tapi puas hati la bila benih ikan keli yang kami ternak dua bulan lepas membesar dengan jayanya. Apa-apa pun kami baru dapat satu pengalaman.

Keli Beranang Lama Menyepi

Sebulan dua ni memang takde masa nak tengok blog. Sibuk dengan kerja katakan. Tambah pulak line internet kat opis tu manjang lagging je. Lagi la mood nak update blog tu takde. Tapi sepanjang sebulan dua ni menyepi Keli Beranang dah pun tuai hasil sampai dua kali. Jangan ingat kami menyepi pasal projek tak jalan dah. Kami baru je mula dalam bidang ni. Takde ape sangat pengalaman atau tips yang boleh dikongsi.. Benda yang boleh kami kongsi pon hanyalah gambar-gambar yang sempat kami ambil je. Mane tau otai-otai keli kat luar tu yang nak kongsi pengalaman atau tips-tips berguna, rajin-rajin la komen ye. So terima kasih kepada blogger-blogger yang sudi jenguk blog Keli Beranang ni.

Monday, September 3, 2012

Effective Microorganisma


EFFECTIVE MICROORGANISMA atau lebih dikenali sebagai EM telah ditemui oleh Dr Teruo Higa dari Universiti Ryukyus di Okinawa, Jepun pada tahun 1980. Di dalam laporan biologinya itu, Dr Teruo Higa mengatakan bahawa terdapat lebih 80 jenis hidupan mikro baik yang berupaya untuk menguraikan bahan buangan organik dan menstabilkan semula ekosistem yang telah tercemar atau rosak.  Terdapat 3 jenis mikro utama yang terdapat dalam EM ialah Lactic Acid Bacteria, Photosynthetic Bacteria, dan Yeast.

EM dihasilkan melalui proses penapaian semulajadi.  Tiada pengubahsuaian dilakukan dari segi genetik ataupun kimia.  EM terbukti selamat untuk digunakan di dalam bidang pertanian, penternakan, ataupun perikanan dan diakui 100% organik oleh OMRI (Organic Materials Review Institute).  Teknologi EM ini telah digunakan secara meluas di 120 buah negara.

3 jenis mikrob utama tadi (LAB, PSB dan Yeast) bekerjasama untuk menghasilkan sebatian yang bermanfaat seperti enzim, asid organik, mineral, hormon, vitamin dan bermacam - macam antioksida apabila ia bertemu dengan bahan organik, air ataupun tanah.  Photosynthetic Bacteria merupakan kunci utama dalam larutan EM dimana ia berupaya untuk memecahkan molekul - molekul dan mencernakan sebatian toksik.  Antioksidan yang dihasilkan seperti inositol, polisakarida, dan polyphenol membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria - bakteria jahat yang tidak mendatangkan manfaat.

Monday, August 6, 2012

Kematian Itu Pasti


Hari ni kita masih bernyawa.  Masih mempunyai jiwa.
Masih boleh ketawa. Masih boleh makan mee jawa.
Akan tetapi apabila sampai ketentuan Ilahi, kita semua akan mati menjadi bangkai yang tidak bernyawa. Yang tidak tidak diberi kuasa untuk bergerak lagi. Segalanya telah dirampas termasuk nikmat hidup yang pernah dikecapinya suatu ketika dulu. Semua benda bernyawa akan mati. Semua benda berjiwa akan mati

Kau, aku, dia, mereka semua akan mati.
Cikgu sekolah, murid sekolah, tukang kebun, mak cik kantin semua akan mati.
Boss besar, setiausahanya, kaki ampu, bangla cleaner semua dijanji kan mati.
Orang kaya, orang miskin, orang - orang, orang utan pun akan mati.
Doktor pakar, jururawat, pesakit luar, budak praktikal masterskill tidak boleh lari dari mati.
Penggali kubur, tukang mandi mayat, pembuat batu nisan, pencuri kain kafan akan merasa mati.
Segagah - gagah badang dan gajah akan mati.
Secantik - cantik Neelofa dan Tiz Zaqyah pun akan mati.
Termasuk lah si Ikan Keli yang turut merasa apa itu mati.

Kenapa semua benda bernyawa akan mati?
Kenapa semua benda berjiwa akan mati?
Kenapa setiap makhluknya akan menemui ajalnya?


Firman Allah S.W.T : " Tiap -tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"  
(Surah Ali 'Imran ayat 185)

Dia sahajalah yang kekal lagi abadi. Dialah Tuhan yang menciptakan kehidupan dan kematian. Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Dialah Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji setiap makhluknya siapakan insan yang terbaik dan terpuji dari kalangan hanba-hambaNya.
Persiapkan lah diri anda dengan sebanyak-banyak amalan sebelum mati datang menjenguk anda.

Ingatlah 5 perkara sebelum anda mati.
Ingatlah ada 7 perkara yang dapat dinikmati pahalanya apabila anda mati.
Dan segala amalan anak Adam itu akan terputus apabila dia mati kecuali 3 perkara.
Ini kerana yang yang HIDUP itu belum pasti tetapi yang MATI itu pasti.

P/S : Tazkirah Ramadhan ini dibawakan khas oleh Keli Beranang.

Friday, August 3, 2012

Mencari Pengalaman Bersama Si Keli



Ni la dia warga keli yang tengah seronok berenang-berenang tanpa gangguan.  2 minggu lepas kami masukkan 1000 ekor benih ikan keli yang bersaiz 1.5 inci.  Masukkan sikit-sikit dulu takut nanti bila masuk sekali banyak nanti tak menjadi pulak.  Takpe lah kita buat slow-slow dulu.  Ni la masanya segala ilmu teori yang ada dipraktikkan. Bila dah dipraktikkan baru dapat pengalaman. Bila dah ada pengalaman baru dapat hasil. Maklumlah kita ni budak baru nak belajar menguap dalam air. Nak tak nak nasihat dari orang yang dah lama dalam bidang ni kene dengar.


Apa-apa pun setakat hari ni bilangan yang mati da takde. Awal-awal masa baru masuk tu ada la sehari dalam 7-8 ekor terapung-apung dah. Tak tau lah diorang tengah seronok kuak lentang time tu tibe-tibe kene sauk. Sekarang ni saiz diorang ade la dalam 3 inci macam tu. Yang mane besar dari tu, yang gemok-gemok, kaki buli semua da kene kurung dalam sangkar. Tapi yang peliknya masa tukar air hari tu, macam dah berkurang je bilangan die. Nak kata mati takde lak bangkai yang terapung atau tulang-tulang je yang tinggal kat dasar kolam. Agaknya ade gengster baru nak up kot dalam tu.