Please Click Here

Monday, August 6, 2012

Kematian Itu Pasti


Hari ni kita masih bernyawa.  Masih mempunyai jiwa.
Masih boleh ketawa. Masih boleh makan mee jawa.
Akan tetapi apabila sampai ketentuan Ilahi, kita semua akan mati menjadi bangkai yang tidak bernyawa. Yang tidak tidak diberi kuasa untuk bergerak lagi. Segalanya telah dirampas termasuk nikmat hidup yang pernah dikecapinya suatu ketika dulu. Semua benda bernyawa akan mati. Semua benda berjiwa akan mati

Kau, aku, dia, mereka semua akan mati.
Cikgu sekolah, murid sekolah, tukang kebun, mak cik kantin semua akan mati.
Boss besar, setiausahanya, kaki ampu, bangla cleaner semua dijanji kan mati.
Orang kaya, orang miskin, orang - orang, orang utan pun akan mati.
Doktor pakar, jururawat, pesakit luar, budak praktikal masterskill tidak boleh lari dari mati.
Penggali kubur, tukang mandi mayat, pembuat batu nisan, pencuri kain kafan akan merasa mati.
Segagah - gagah badang dan gajah akan mati.
Secantik - cantik Neelofa dan Tiz Zaqyah pun akan mati.
Termasuk lah si Ikan Keli yang turut merasa apa itu mati.

Kenapa semua benda bernyawa akan mati?
Kenapa semua benda berjiwa akan mati?
Kenapa setiap makhluknya akan menemui ajalnya?


Firman Allah S.W.T : " Tiap -tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"  
(Surah Ali 'Imran ayat 185)

Dia sahajalah yang kekal lagi abadi. Dialah Tuhan yang menciptakan kehidupan dan kematian. Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Dialah Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji setiap makhluknya siapakan insan yang terbaik dan terpuji dari kalangan hanba-hambaNya.
Persiapkan lah diri anda dengan sebanyak-banyak amalan sebelum mati datang menjenguk anda.

Ingatlah 5 perkara sebelum anda mati.
Ingatlah ada 7 perkara yang dapat dinikmati pahalanya apabila anda mati.
Dan segala amalan anak Adam itu akan terputus apabila dia mati kecuali 3 perkara.
Ini kerana yang yang HIDUP itu belum pasti tetapi yang MATI itu pasti.

P/S : Tazkirah Ramadhan ini dibawakan khas oleh Keli Beranang.

0 comments:

Post a Comment