Please Click Here

Tuesday, July 10, 2012

Teknik Matikan Kolam


Antara punca kematian benih ikan secara mendadak setiap hari selepas benih dilepaskan ke dalam kolam adalah kerana para penternak terutamanya penternak yang baru berjinak - jinak di dalam bidang penternakan akuatik ini tidak melakukan proses mematikan kolam tersebut terlebih dahulu.  Istilah "mematikan kolam" bukanlah kita kena bunuh kolam tersebut menggunakan pedang ataupun pistol tetapi maksud mematikan kolam ialah membuang segala bahan kimia yang berkemungkinan besa terdapat pada kolam tersebut. Bahan kimia daripada simen tersebut boleh meracun dan membunuh benih ikan yang terdapat di dalam kolam itu.



Teknik ini wajib dilakukan pada kolam simen atau konkrit kerana simen dan chemical bonding (waterproof) yang digunakan untuk membuat kolam tersebut mengandungi asid dan bahan kimia yang berbahaya kepada ternakan akuatik.  Tidak kira sama ada kolam simen, fiber, polytank mahupun kanvas teknik ini perlu dipraktikkan terlebih dahulu sebelum melepaskan benih ke dalam kolam.  Jika tidak anda akan mengalami kerugian dan hanya mampu melopong melihat benih ikan anda mati dalam kuantiti yang banyak setiap hari.



Cara bagi mematikan kolam :

  1. Masukkan pasir ke dalam kolam dengan ketinggian 2 inci. ( Teknik yang ni tak payah buat pun takpe)
  2. Penuhkan air ke dalam kolam.
  3. Masukkan batang pisang yang dibelah dua dengan panjang 2 kaki. (Lagi banyak batang pisang lagi bagus)
  4. Boleh juga dimasukkan kulit nenas dengan nisbah 8 biji bagi kolam bersaiz 20' x 10'
  5. Masukkan 3 botol cuka makan bagi kolam 20' x 10'. (Nak bagus pakai botol besar)
  6. Ada orang cakap masukkan garam sekali tapi kami taburkan je. Tak nak bagi nyamuk bertelur kot.
  7. Kemudian kolam tersebut dibiarkan sekurang - kurangnya 2 minggu.
  8. Selepas 2 minggu buang semua air dan batang pisang tadi.
  9. Cuci kolam dengan air bersih sebelum masukkan air baru.

0 comments:

Post a Comment