Please Click Here

Friday, August 3, 2012

Air Hijau Berenang Di Kolam

Air hijau yang selalu terjadi di dalam kolam ternakan terutama sekali kolam simen dan kanvas adalah disebabkan wujudnya phytoplankton iaitu sejenis organisma halus yang mempunyai klorofil. Jadi organisma yang berklorofil ni akan menjalankan proses fotosintesis (not photoshop ok) untuk menghasilkan makanannya dan membiak dalam bentuk koloni atau populasi yang banyak.

Spesies utama yang banyak terdapat di dalam air hijau ini ialah Chorella (dah macam nama awek latin lak). Spesies macam ni memang tak nampak la kalau tengok dengan mata kasar.  So, kehadiran pytoplankton ni boleh dikesan melalui perubahan air kolam yang pada awalnya jernih bertukar menjadi hijau akibat daripada terdedah dengan panas terik dan hujan.


Sebenarnya air hijau ni sangat berguna di dalam bidang pembenihan ikan air tawar kerana air hijau ini mempunyai kandungan protien yang tinggi dan sebagai suplemen untuk benih ikan yang diasuh.  Tapi jangan korang pergi minum lak air hijau ni walaupun berkhasiat.  Selain itu juga, air hijau ini juga melindungi anak ikan dari cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut.

Tapi perlu di ingat, air hijau ni juga boleh mendatangkan kesan yang buruk kalau terlalu pekat sangat.  Ini disebabkan tumbuhan organisma ini akan berespirasi (bernafas la) iaitu mengambil oksigen dan membebaskan karbon dioksida.  Kekurangan oksigen akan menyebabkan ikan stress dan kehadiran karbon dioksida yang tinggi akan menyebabkan air tersebut bertoksik.



Jadi eloklah air hijau ni ditukar sebanyak 30% dengan air baru bila kaler hijau tu dah pekat sangat dengan wujudnya buih-buih kasar dekat permukaan kolam.  Paling afdal tukar lah air kolam setiap dua minggu sekali.  Kalau rajin tukar la air kolam tu semua sekali dengan cuci dinding kolam tu pakai Mr Muscle.

Tuesday, July 10, 2012

Teknik Matikan Kolam


Antara punca kematian benih ikan secara mendadak setiap hari selepas benih dilepaskan ke dalam kolam adalah kerana para penternak terutamanya penternak yang baru berjinak - jinak di dalam bidang penternakan akuatik ini tidak melakukan proses mematikan kolam tersebut terlebih dahulu.  Istilah "mematikan kolam" bukanlah kita kena bunuh kolam tersebut menggunakan pedang ataupun pistol tetapi maksud mematikan kolam ialah membuang segala bahan kimia yang berkemungkinan besa terdapat pada kolam tersebut. Bahan kimia daripada simen tersebut boleh meracun dan membunuh benih ikan yang terdapat di dalam kolam itu.



Teknik ini wajib dilakukan pada kolam simen atau konkrit kerana simen dan chemical bonding (waterproof) yang digunakan untuk membuat kolam tersebut mengandungi asid dan bahan kimia yang berbahaya kepada ternakan akuatik.  Tidak kira sama ada kolam simen, fiber, polytank mahupun kanvas teknik ini perlu dipraktikkan terlebih dahulu sebelum melepaskan benih ke dalam kolam.  Jika tidak anda akan mengalami kerugian dan hanya mampu melopong melihat benih ikan anda mati dalam kuantiti yang banyak setiap hari.



Cara bagi mematikan kolam :

  1. Masukkan pasir ke dalam kolam dengan ketinggian 2 inci. ( Teknik yang ni tak payah buat pun takpe)
  2. Penuhkan air ke dalam kolam.
  3. Masukkan batang pisang yang dibelah dua dengan panjang 2 kaki. (Lagi banyak batang pisang lagi bagus)
  4. Boleh juga dimasukkan kulit nenas dengan nisbah 8 biji bagi kolam bersaiz 20' x 10'
  5. Masukkan 3 botol cuka makan bagi kolam 20' x 10'. (Nak bagus pakai botol besar)
  6. Ada orang cakap masukkan garam sekali tapi kami taburkan je. Tak nak bagi nyamuk bertelur kot.
  7. Kemudian kolam tersebut dibiarkan sekurang - kurangnya 2 minggu.
  8. Selepas 2 minggu buang semua air dan batang pisang tadi.
  9. Cuci kolam dengan air bersih sebelum masukkan air baru.

Monday, July 9, 2012

Kolam Baru Dah Siap

Akhirnya 2 buah kolam simen berjaya siapkan dalam masa 2 minggu. Sebenarnya kolam ni dah lama siap. Tapi disebabkan sibuk tak sempat nak update dalam blog. Bagi permulaan perniagaan ini, kami membina 2 buah kolam yang bersaiz 20 kaki x 10 kaki x 3 kaki bagi satu kolam. Cukup la dengan 2 buah kolam dulu pasal kami pun tak ade pengalaman lagi. Ilmu di dada ni pun tak cukup lagi. kalau buat besar - besar takut tak jadi pula. Lagi - lagi bab nak pasarkan hasil. Tak tahu nak jual kat siapa nanti kalau buat kolam banyak - banyak.


Kerja menaikkan tiang dan mengkonkrit lantai

Kerja - kerja mengikat bata

Kolam yang siap di simen sepenuhnya

Jaring dipasang disekeliling kolam

Buat sementara waktu ni kami memasang jaring hitam ( orkid netting ) disekeliling kolam bagi mengelakkan budak - budak kecik berenang dalam kolam ni. Bila dah pasang pagar dawai baru kami bukak balik jaring tu. Sekarang ni pun kami tengah matikan simen dulu. Tunggu la lagi 3 minggu baru boleh masukkan benih.


Friday, June 29, 2012

Khasiat Si Ikan Keli




KHASIAT


Penyelidikan yang dilakukan di negara ini beberapa tahun dulu mendapati ikan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus(sedap namanya) mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g jauh lebih tinggi daripada ikan salmon, mackerel atau trout. kadar lemaknya (9-12%) juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawar atau yang masin.

 Penyelidikan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat telah mendapati ikan keli yang diternak dan diberi makan pelet mempunyai protein yang baik.  Ianya sangat baik untuk diet kesihatan kerana kaya dengan protein, Omega-3 serta rendah kolesterol dan lemak tepu.  Kajian daripada Persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovaskular,gastrousus, sistem peredaran dalam badan.pengambilan 1 - 2 sajiannya dalam seminggu umpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

Minyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi datang dari sumber makanan ikan iaitu "fitoplankton".  Asid lemak omega-3 banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak.  Komponen utama minyak walnut adalah asid a-linoleik (ALA), sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah EPA dan DHA.  Manakala minyak sayuran pula kadar asid lemak omega-6 yang tinggi seperti minyak jagung dan minyak soya yang mengandungi asid linoleik (LA) yang banyak.  Dalam tubuh manusia ALA ini boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA.  Walaubagaimanapun, proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.


ASID LEMAK OMEGA - 3

Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:-
  1. Asid O-Linolek (ALA) 
  2. Asid Eicopentaenoik (EPA) 
  3. Asid Dokosoheksonoik (DHA)
Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
  1. Tepu (saturated) 
  2. Tidak Tepu (unsaturated)



KEBAIKAN ASID LEMAK OMEGA - 3

Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:- 

  1. Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi. 
  2. Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis.
  3. Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis. 
  4. Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik). 
  5. Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang. 
  6. Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin. 
  7. Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi. 
  8. Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia. 
  9. Menggalakkan kecerdasan fikiran. 

P/S : Credit to masmz.blogspot.com and lelayong.blogspot.com for the nice picture.

Thursday, June 28, 2012

Pengenalan Si Ikan Keli


PENGENALAN 

Telah mula diperkenalkan pada tahun 1984 lagi.  Clarias Gariepinus merupakan ikan keli hibrid hasil kahwin silang antara keli afrika jantan dan keli betina bunga taiwan.   Ikan keli hibrid ini juga telah memasuki Indonesia pada tahun 1986 lagi melalui Taiwan.  Sehingga kini mula merebak ke seluruh nusantara dan telah menjadi hidangan di kebanyakkan restoran-restoran di Malaysia. 

Oleh kerana permintaan terhadap ikan keli hibrid ini sudah tidak asing lagi, maka wujudlah penternak-penternak seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Salah satu kehebatan ikan keli hibrid ini ialah, pertumbuhannya yang cepat dan tahan kepada kandungan air yang kurang oksigen.  Isi ikan keli hibrid clarias gariepinus yang memang sedap cenderung kepada rasa ikan keli bunga Taiwan, jadi tidak hairanlah memang ramailah penggemar-penggemarnya.

Ikan keli hibrid clarias gariepinus diklasifikasikan seperti berikut:
Ordo                           : Ostariophysi
Subordo                     : Silaroidae
Family                        : Clariidae
Genus                         : Clarias
Spesies                       : Clarias gariepinus

Berikut antara keperluan air untuk ternakan ikan keli hibrid ini:
Suhu minima 20 oC, suhu maksima 31 oC, kesesuaian 24 – 28 oC. Kandungan oksigen minima 3 ppm, kandungan karbon dioksida di bawah 15 ppm, NH3 di bawah 0.005, NO2 sekitar 0.25 ppm, dan NO3 sekitar 250 ppm.  PH berkisar antara 6.5 - 8. 


HABITAT 

Habitat atau lingkungan hidup ikan keli ialah semua perairan air tawar.  Di sungai yang airnya tidak terlalu deras, atau di perairan yang tenang seperti danau, telaga, serta kolam-kolam kecil.  Ikan keli mempunyai insang tambahan yang membantu ikan ini bernafas untuk mendapatkan bekalan oksigen.  Oleh itu, ikan keli sangat tahan di perairan yang mengandungi bekalan oksigen yang sedikit. Ikan keli juga tahan terhadap pencemaran bahan-bahan organik.  Oleh itu, ikan keli amat tahan di dalam air yang kotor.

TABURAN 

Ikan keli tersebar luas di benua Afrika dan Asia, terdapat diperairan umum yang berair tawar secara liar.  Di beberapa negara, khususnya di Asia, Ikan keli telah diternak, dipelihara di kolam seperti yang dilakukan di Filipina, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja, Burma dan India.

PERLAKUAN  IKAN KELI

Ikan keli yang hidup di air tawar, bersifat nocturnal iaitu aktif pada waktu malam dan menyukai kawasan yang gelap. Pada siang hari, ikan keli lebih suka berdiam diri dan menyorok di dalam lubang-lubang atau tempat yang tenang dan aliran air yang tidak terlalu deras.  Ikan keli membuat sarang di dalam lubang - lubang di tepi sungai, permatang sawah dan kolam yang teduh dan tenang.


P/S : Credit to  http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com for the nice picture.


Monday, June 25, 2012

Apa Itu Ovaprim Dan Artemia ?

OVAPRIM

Ovaprim - Hormon yang biasanya akan disuntik pada induk betina dan jantan di dalam proses pembenihan melalui teknik aruhan.


ARTEMIA



Brine Shrimp Eggs ( Artemia ) - Sejenis hidupan mikro yang hidup di dalam air masin. Artemia sering dijadikan makanan semulajadi bagi benih ikan yang berusia 3 hingga ke 7 hari.


Tuesday, June 19, 2012

Keli Beranang Enterprise ( In Progress )


Keli Beranang Enterprise beroperasi di Lot 2109 (No 88), Kampung Jalan Enam Kaki, 43700 Beranang Selangor.
Kolam ternakan kami masih lagi di dalam pembinaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal bulan Ogos ini.